Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pasukan pejuang relawan Iraq berjaya membebaskan kawasan Tel Alward dari cengkaman pengganas ISIS selepas pertempuran sengit yang menumpahkan banyak darah pengganas.
Berpuluh-puluh pengganas ISIS menemui ajal manakala pihak pejuang berjaya mengawal sepenuhnya kawasan tebabit.
Dalam operasi bersepadu ini, anak pemimpin parti sosialis Iraq Ata Muhammad Haji Mahmud gugur syahid.
Haji Mahmud merupakan pemimpin Parti Sosialis Demokrat Kurdistan yang melancarkan perang terhadap ISIS melalui kempen anti pengganas Masoud Barzani.
Anggota pengganas ISIS telah menawan Tel Alward yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Kirkuk selama beberapa minggu.
Malam Selasa lalu pengganas ISIS meningkatkan serangannya sehingga berjaya menawan empat perkampungan iaitu Maktab Khalid, Maryam Beik, Tel Alward dan Mula Abdillah.









...............